Wednesday, 27 April 2011

MENGENAL ASAS SENI REKA...

Asas Seni Reka.

  • Memahami unsur seni seperti garisan,rupa,bentuk,ruang,jalinan dan warna dengan lebih mendalam.
  • Memahami prinsip rekaan seperti harmoni,kontra,penegasan,imbangan,pergerakan dan irama, kepelbagaian serta kesatuan dengan lebih mendalam.
  • Mengaplikasi asas seni reka,iaitu unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya seni visual.

LUKISAN

  • Mengetahui sejarah lukisan dan perkembangannya.
  • Mengenal tokoh-tokoh pelukis agung da Zaman Yunani.
  • Memahami prinsip dan teknik asas lukisan dalam pengaplikasian hasil kerja.
  • Mengkaji perbezaan antara lukisan dengan catan.

PENGENALAN (LUKISAN)

  • Lukisan ialah satu bentuk gambaran permukaan rata yang menggabungkan garisan dan ton warna.
  • Oleh sebab lukisan merupakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni visual, ia dijadikan subjek teras dalam kolej pengajian seni dan juga asas dalam kursus seni bina.
  • Lakaran ialah lukisan yang merupakan persembahan atau rakaman sebahagian daripada imej atau objek dan bersifat spontan.
  • Teknik lukisan sebenarnya banyak bergantung pada media yang digunakan.
  • Setiap pelukis mempunyai gaya tersendiri dalam memaparkan hasil karya mereka.Pelukis agung seperti Raphael,Leonardo da Vinci,Albrecht Durer dan Michelangelo dikenali kerana keaslian,kekuatan dan kehalusan garisan dalam hasil karya mereka.

No comments:

Post a Comment